Tuesday, January 12, 2010

Part 1: Kepada yang menharapkan cinta & percaya pada cinta..


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi,
cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah
berdendam, tak pernah membalas dendam. Di
mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala
kebencian membawa kepada kemusnahan. Kata
Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki
untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk
melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada
2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu
titis air mata tu menyapa air mata yang satu
lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai
seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa
kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya
air mata seorang lelaki yang menyesal
membiarkan seorang gadis yang mencintai saya
berlalu begitu sahaja."

1 comment: