DAHULUKALA, langit dan laut saling jatuh cinta. mereka saling menyukai
di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap
langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya
langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata
‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar
bisikan penuh cinta laut pun, langit tidak menjawab apa-apa, hanya
tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari, datang awan…
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh
hati terhadap langit. Tentu saja langit hanya mencintai laut, setiap
hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih namun tidak berputus asa,
mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya
sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut,
menghalangi pandangan langit dan laut dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan
gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya.
Tetapi, tentu saja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu
mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka
menyingkirkan awan yang menggangu.
Dengan tiupan keras dan kuat,
angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian,
sehingga tidak berupaya lagi melihat lamgit dengan jelas, tidak
berupaya lagi berusaha mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana
berasa terseksa dengan perasaan cintanya menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara
langit dan laut tidak dipisahkan. Kita juga boleh melihat di mana
mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana
ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka sedang
berpacaran…
Saturday, May 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment